AffinBank sasar transaksi Debit Terus RM50 juta

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kumpulan AffinBank me­nyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 30 peniaga Debit Terus dengan nilai transaksi sebanyak RM50 juta menjelang akhir 2018 melalui perkhidmatan AffinBank Direct Debit, atau Debit Terus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AffinBank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, pelancaran perkhidmatan Debut Terus oleh Affin Bank Bhd. (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) merupakan satu alternatif kepada modul kutipan di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai, untuk memudahkan perniagaan dalam pengurusan pembayaran berulang.

Ujarnya, produk baharu tersebut menawarkan kaedah kutipan yang mudah dan cekap untuk peniaga atau organisasi pengebilan yang mana ia membolehkan pembayaran berulang dibuat secara terus dari akaun bank pe­langgan dari pelbagai bank de­ngan satu kebenaran.

Katanya, peniaga boleh me­ngutip pembayaran daripada pelanggan dengan mendebitkan akaun bank pelanggan secara berulang dan mereka juga boleh menentukan masa dan jumlah debit pe­langgan apabila kebenaran un­tuk mendebit terus te­lah di­peroleh.

“Debit Terus adalah lebih efektif untuk peniaga berbanding pembayaran auto debit yang lain. Ia memudahkan urusan penyela­rasan kerana maklumat rujukan pembayaran disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Ariffin, sistem tersebut dibina dengan infrastruktur pembayaran yang selamat dan peniaga boleh mengutip pembayaran daripada pelanggan di 22 bank yang melanggan kemudahan ber­kenaan.

“Kami bangga menjadi satu daripada 15 bank di negara ini yang menawarkan khidmat Debit Terus, yang akan memudahkan urusan kutipan pembayaran berulang.

“Kami berharap produk ini akan menjadikan urus niaga harian pelanggan kami lebih efisien, mudah, berkesan dan selamat. Sistem ini juga memanfaatkan keseluruhan ekosistem dari perspektif pengurusan pembayaran dan penyelarasan kutipan yang lebih baik,” katanya.

Kemudahan lain di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai Bank termasuk Arahan Tetap, FPX dan JomPAY.

Sempena dengan pelancaran perkhidmatan Debit Terus Affin Bank, Kumpulan AffinBank telah bekerjasama dengan Cuckoo International (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai pelanggan Debit Terus pertama kumpulan perbankan tersebut.

Artikel asal Utusan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s