AffinBank sasar transaksi Debit Terus RM50 juta

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kumpulan AffinBank me­nyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 30 peniaga Debit Terus dengan nilai transaksi sebanyak RM50 juta menjelang akhir 2018 melalui perkhidmatan AffinBank Direct Debit, atau Debit Terus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AffinBank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, pelancaran perkhidmatan Debut Terus oleh Affin Bank Bhd. (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) merupakan satu alternatif kepada modul kutipan di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai, untuk memudahkan perniagaan dalam pengurusan pembayaran berulang.

Ujarnya, produk baharu tersebut menawarkan kaedah kutipan yang mudah dan cekap untuk peniaga atau organisasi pengebilan yang mana ia membolehkan pembayaran berulang dibuat secara terus dari akaun bank pe­langgan dari pelbagai bank de­ngan satu kebenaran.

Katanya, peniaga boleh me­ngutip pembayaran daripada pelanggan dengan mendebitkan akaun bank pelanggan secara berulang dan mereka juga boleh menentukan masa dan jumlah debit pe­langgan apabila kebenaran un­tuk mendebit terus te­lah di­peroleh.

“Debit Terus adalah lebih efektif untuk peniaga berbanding pembayaran auto debit yang lain. Ia memudahkan urusan penyela­rasan kerana maklumat rujukan pembayaran disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Ariffin, sistem tersebut dibina dengan infrastruktur pembayaran yang selamat dan peniaga boleh mengutip pembayaran daripada pelanggan di 22 bank yang melanggan kemudahan ber­kenaan.

“Kami bangga menjadi satu daripada 15 bank di negara ini yang menawarkan khidmat Debit Terus, yang akan memudahkan urusan kutipan pembayaran berulang.

“Kami berharap produk ini akan menjadikan urus niaga harian pelanggan kami lebih efisien, mudah, berkesan dan selamat. Sistem ini juga memanfaatkan keseluruhan ekosistem dari perspektif pengurusan pembayaran dan penyelarasan kutipan yang lebih baik,” katanya.

Kemudahan lain di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai Bank termasuk Arahan Tetap, FPX dan JomPAY.

Sempena dengan pelancaran perkhidmatan Debit Terus Affin Bank, Kumpulan AffinBank telah bekerjasama dengan Cuckoo International (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai pelanggan Debit Terus pertama kumpulan perbankan tersebut.

Artikel asal Utusan

KERJAYA DI CUCKOO

Percaya tak, saya tak pernah terfikir boleh seorang agent jualan untuk sebarang produk. .

Sebab, saya bukan seorang yang pandai bercakap dan *tak pandai* untuk meyakinkan orang. 

Tapi itu bukan alasan utk buat sales. 

Yang penting usaha. Ada usaha, pasti ada ganjaran. 

إن شاء الله 

.

Siapa sangka, dengan asalnya saya menceritakan masalah kewangan sy kepada Shazali Cuckoo, dan hampir nk part time kerja jaga sekolah , beliau ajak sy join #cuckoo dan buat Sales.

.

الحمدلله syukur dengan rezeki yang diberikan, sekarang kehidupan keluarga saya lebih selesa. Anak2 dan isteri nak apa2 boleh la belikan.

.

Kenapa tidak anda? 

Cuba lah mana tahu rezeki anda di sini.

Siapa tahu kan?

Nak jd agent cuckoo?

Wasap 011-18632093

Atau klik link di bawah

DAFTAR EJEN CUCKOO
.

#modalairliur

#takperlumodal

#bukanMLM 

#inicuckoo

#agentcuckoo

#jualpenapisair

#jualpenapisudara

#jualricecooker

#jmg

#jmgroup

#cuckoo

#cuckoomalaysia

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu


Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan. Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong.
Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong.

1. Buang racun dalam badan

Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Meningkatkan metabolisme

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jadikan tubuh kekal langsing

Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

5. Mencantikkan kulit

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

6. Cegah batu ginjal

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

7. Baiki sistem imun tubuh

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang maksima daripada air putih, anda boleh ikuti step mudah ini.
1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.

2. Jangan ambil sebarang makanan selama 45minit.

3. Minum air putih sekurang-kurangnya 30minit sebelum makan, tetapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.
* Jika masih suka untuk minum 650ml ari putih setiap pagi, boleh mulakan dengan 1 gelas air dahulu.
Kredit: Mingguan Wanita

Inilah 5 Kesan Air putih Selepas Bangun Tidur


Inilah 5 Kesan Air putih Selepas Bangun Tidur!

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi alasan, anda perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Seimbangkan sistem buah pinggang 

Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan. 

2. Kulit lebih berseri 

Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah. 

3. Langsingkan tubuh

Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus. 

4. Tambah darah

Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot. 

5. Membersihkan usus

Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.

Dapatkan pelbagai info sihat dan cantik yang lebih menarik menerusi majalah Mingguan Wanita yang terbaru di pasaran! 

Whatapps SLOW? jom laju kan !


*Tak perlu left group*

Nice info..! Satu cara untuk elakkan hp kita hang atau jem disebabkan kita ada banyak group whatsApp..!

Ini dikongsikan bersama caranya:

1. Pergi ke whatsApp “`’settings’“` 

2. Pastu tekan “`’data usage’“`

3. Pastu tekan “`’network “` 

4. Akhir sekali “`’reset statistics’“` 

Dia cuci semua fail yang kita guna sebelum ni..! Jangan bimbang..! Dia tak kacau fail lain..!

Sebelum pergi ke “`reset statistics“` cuba tengok sebelah kiri..! Beribu-ribu kb kita dah guna..!

Lepas tu terus tekan yang paling bawah tu..! Reset statistict..! Semua nombor kb tu jadi 0..! Barulah laju..!

Rajin-rajinlah cuci, baru laju..! Selamat mencuba..! Tak payah left group..!

😊

Kongsi-kongsikanlah pada kengkawan lain..! Nice info..!

*C U B A B U A T*

Kain Bersih Vs Kain Buruk


Kalau saya jual kain bersih dgn kain buruk, mana satu awk nk nak beli?

.

.

mungkin ada jawab :

1. saya nk kain buruk, sbb nak buat lap kereta.

.

.

2. saya nk kain bersih, sebab saya nak buat lap pinggan mangkuk kat dapur.

.

.

3. saya nak beli dua-dua sekali. senang saya nk guna bila perlu.

.

.

4. saya tak nak beli. sy dah ada kain bersih dan kain buruk dekat rumah.

.

.

4. saya dah ada kain ni. nanti saya rekomen kawan sy yg tak ada kain bersih atau kain buruk utk beli kat awak ya?

.

.

5. kalau sy beli, ada free gift tak?

.

Kesimpulannya,

.

1. Beli ikut keperluan. Bukan ikut kemahuan.

.

2. tak semua orang akan beli apa yang kita jual.

.

3. walaupun dia tak membeli, kalau dia selesa dgn layanan kita, dia akan bercerita dekat kawan2 lain.

.

3. banyak kita memberi, byk kita akan menerima. 

~ share jika bermanfaat ~

[ Rahsia Ais dan Air Sejuk ]


✎ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

.
✎ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

.
✎ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

.
✎ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

.
✎ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

.
✎ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

.
✎ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

.
✎ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

.
✎ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

.
✎ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

.
✎ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

.
✎ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

.
✎ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

.
✎ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

.
✎ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

.
✎ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

.
✎ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

.
✎ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

.
✎ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

.
✎ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

.
✎ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

.
✎ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

.
✎ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

.
✎ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

.

kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain?

kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.

1. Bermula dari segayung siramkan

di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
👉Kita akan merasakan seperti wap/

angin yang keluar dari ubun-ubun

bahkan meremang, setelah itu

lanjutkan dengan mandi seperti

biasa.
✅Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi

dengan air sejuk. Apa yang terjadi?

Gelas akan retak ⚡!!!
🚿Jika tubuh kita …. apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
🚿Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
🚿Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

In shaa Allah..
🚫Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi

untuk manfaat bersama….

Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan


Minuman Berkarbonat Jejaskan KesihatanMinuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.
Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.
Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.
Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.
Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.
Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.
Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.
Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.
Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.
Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.
Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.
“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.
Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.
“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.
“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.
Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.
Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.
Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.
Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.
Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.
Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.
Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.
Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.
Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

#Share Jika Bermanfaat

Sebab bank susah nak luluskan pinjaman rumah pertama anda kalau tak pernah berhutang.


Susah juga kalau tak pernah buat sebarang hutang.
Kalau korang tergolong dalam kategori ni, bersiap sedia untuk uruskan rasa kecewa bila bank menolak permohonan pinjaman rumah.

Dan kenapa boleh jadi macam ni?

Jom kita hadamkan bersama perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir pasal ni.

In Shaa Allah, lepas ni tentu korang dah tahu nak buat apa.

Kenapa yang tak berhutang pula yang susah nak lulus loan?

Korang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus.

Tak logik betul pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang.

Mengarut.

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun cipta laporan CCRIS dulu?

Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman.

Ya lah. Bank nak bagi pinjam bukan seribu dua. Tapi beratus ribu.

Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. Tapi tempoh panjang (selama 30-35 tahun).

Untuk rumah pertama je yang susah sikit. Bila korang dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam.

Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30 hingga 35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan korang.

Kewangan kena stabil. Orang yang ada disiplin saja boleh komited untuk bayar dengan cantik, dengan jumlah yang tepat.

Kalau tak ada sebarang komitmen atau hutang, bank tak tahu dan tak ada idea korang jenis macam mana.

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan kat mereka yang kemampuan sahaja. Jadi korang kena buktikan yang korang mampu jadi pembayar yang baik.

Bank akan tengok asas 3C ini kat anda.

Character

Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja dalam sesebuah syarikat.

Capacity

Pendapatan korang berapa? Adakah konsisten setiap bulan? Berapa jumlah baki selepas dah bayar hutang atau komitmen? DSR kau orang berapa? Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Capital

Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

Pembiayaan perumahan sangat senang jika korang tahu aturannya. Komitmen kat pembiayaan perumahan tak ambil masa yang pendek, tapi antara 30-35 tahun.

Jadi, 3C korang kena score 3C kat atas tadi dulu, baru pihak bank yakin dengan korang.

Macam mana nak buat rekod CCRIS?

Biasanya gua bagi 2 pendapat.

Jika korang dah ada deposit rumah, dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut, korang boleh:

#1: Mohon kad kredit.

Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol dan beli barang keperluan saja.

Pihak bank bukan tengok hari ni korang apply kad kredit, dah ada CCRIS dan terus yakin dengan kemampuan bayar balik korang.

Biasanya perlu tempoh 6 bulan baru akan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0.

Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% credit limit pulak ya.

Tapi kalau korang belum ada lagi deposit rumah. Dan pasang matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun, boleh juga buat CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing.

#2: Mohon ASB Financing.

Mulakan dengan RM50,000. Bulanan korang ken bayar dalam RM285.

Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS.

Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas?

Lepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh kita gunakan untuk modal beli rumah.

Jadi force saving korang juga sebenarnya. Takdelah tiap kali dapat gaji tak tahu duit korang pergi ke mana.

Kalau korang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS.

Bayar jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah.

Siapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, bayar hutang ini dan jangan pula diabaikan.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak tentu lagi bank akan tolak terus permohonan pembiayaan perumahan korang. Rajinkan diri walk-in ke bank ye. Tanya 3 atau 5 bank.

Tip tambahan supaya bank senang luluskan permohonan loan rumah korang.

#1: Jadi penghutang yang baik.

Bila nak periksa laporan CCRIS, pastikan semua bersih daripada segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu.

Dah berhutang tu, bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan.

#2: Cipta rekod CCRIS.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak bermaksud pihak bank akan terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang.

Mungkin korang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi berbanding orang lain.

Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah korang seorang culas, atau sebaliknya.

#3: Elakkan mencipta sejarah hitam.

Kalau korang ada sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK, ini mungkin akan sukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang tu.

Jadi, rancang kewangan korang dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, elakkan “terbeli” kereta mewah ya.

#4: Mencapai credit limit kad kredit anda.

Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang.

Tapi bila dia dah ada kad kredit, dia mula berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut.

Penyudahnya, hutang kad kredit sampai RM11,000!

Janganlah korang jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

#5: Hati-hati bila diminta jadi penjamin.

Elakkan jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe atau makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan mereka.

Dia nak berhutang untuk kahwin pun, korang jangan baik hati sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, korang yang kena tanggung nanti.

#6: Fokus kat simpanan.

Untuk membeli rumah pertama, amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya.

Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan, elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan dalam RM3,300.

Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

#7: Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang, bank besar bertambah susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3,000.

Ada juga bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income).

Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen atau hutang.

Kalau korang tinggal kat bandar, NDI kena atas RM1,500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1,000.

Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup koranglah. Korang kan suka makan kat kedai hipster je. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip dan tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan yang korang boleh dapatkan.

Tok harap korang faham sebab apa bank susah nak luluskan loan rumah, bila tak ada sebarang rekod hutang.

Dan Tok juga harap korang boleh kongsikan artikel bermanfaat ini kat kawan-kawan korang. Daripada baca benda-benda hiburan yang lagha tu, baik lagi dalami ilmu bermanfaat macam ni.

Yang untung nanti, korang juga. Bukan orang lain.

sumber : http://gilahartanah.com/sebab-bank-susah-luluskan-pinjaman-rumah-anda/