AffinBank sasar transaksi Debit Terus RM50 juta

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kumpulan AffinBank me­nyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 30 peniaga Debit Terus dengan nilai transaksi sebanyak RM50 juta menjelang akhir 2018 melalui perkhidmatan AffinBank Direct Debit, atau Debit Terus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AffinBank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, pelancaran perkhidmatan Debut Terus oleh Affin Bank Bhd. (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) merupakan satu alternatif kepada modul kutipan di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai, untuk memudahkan perniagaan dalam pengurusan pembayaran berulang.

Ujarnya, produk baharu tersebut menawarkan kaedah kutipan yang mudah dan cekap untuk peniaga atau organisasi pengebilan yang mana ia membolehkan pembayaran berulang dibuat secara terus dari akaun bank pe­langgan dari pelbagai bank de­ngan satu kebenaran.

Katanya, peniaga boleh me­ngutip pembayaran daripada pelanggan dengan mendebitkan akaun bank pelanggan secara berulang dan mereka juga boleh menentukan masa dan jumlah debit pe­langgan apabila kebenaran un­tuk mendebit terus te­lah di­peroleh.

“Debit Terus adalah lebih efektif untuk peniaga berbanding pembayaran auto debit yang lain. Ia memudahkan urusan penyela­rasan kerana maklumat rujukan pembayaran disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Ariffin, sistem tersebut dibina dengan infrastruktur pembayaran yang selamat dan peniaga boleh mengutip pembayaran daripada pelanggan di 22 bank yang melanggan kemudahan ber­kenaan.

“Kami bangga menjadi satu daripada 15 bank di negara ini yang menawarkan khidmat Debit Terus, yang akan memudahkan urusan kutipan pembayaran berulang.

“Kami berharap produk ini akan menjadikan urus niaga harian pelanggan kami lebih efisien, mudah, berkesan dan selamat. Sistem ini juga memanfaatkan keseluruhan ekosistem dari perspektif pengurusan pembayaran dan penyelarasan kutipan yang lebih baik,” katanya.

Kemudahan lain di bawah penyelesaian Pengurusan Tunai Bank termasuk Arahan Tetap, FPX dan JomPAY.

Sempena dengan pelancaran perkhidmatan Debit Terus Affin Bank, Kumpulan AffinBank telah bekerjasama dengan Cuckoo International (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai pelanggan Debit Terus pertama kumpulan perbankan tersebut.

Artikel asal Utusan

Advertisements

Nak air Minuman Yang BERSIH & SELAMAT?

yyLeceh Nak Kena Masak Air Setiap Pagi?
Nak Mudah Dapat Air PANAS, SUAM Atau SEJUK?
Nak Senang Buat SUSU Anak?
Penat Angkut Air Dari Vendor Machine
?

cuckoo-bestbrand_converted-768x576

SEDANG MENJADI FENOMENA DI MALAYSIA KETIKA INI. PENAPIS AIR  CUCKOO YANG KAYA MINERAL DAN BERALKALI RINGAN.

“PERTAMA DI MALAYSIA 
 CUCKOO WATER PURIFIER 
 WITH ALKALINE AND MINERALS “

11

12

Ok sebelum itu, apa kata anda TONTON dulu VIDEO
Tentang PENAPIS AIR CUCKOO di bawah:

KenapaMestiPilihPenapisAirCuckoo-header

✔ Air Alkali. Lebih sihat ( Average ph 7.5 )
✔ Lebih Murah (Serendah RM68/bulan tiada panas sejuk dan RM98 untuk panas sejuk)
✔ Lebih Jimat (Tiada pembaziran air & lebih jimat elektrik)
✔ 37 tahun di Korea dan mempunyai Share Pasaran 75% di Korea
✔ Produk dan Filter Cuckoo 100% dari Negara Korea
✔ Tukar semua filter dalam masa setahun ( 6 Batang Filter )
✔ Mampu milik
✔ Cantik, moden & style
✔ Direct piping; Tak perlu tambah air
✔ Tak perlu angkat air dari Vending Machine
✔ Anak-Anak boleh bawa air bersih dan sihat ke sekolah setiap hari
✔ Tak perlu masak air panas
✔ Tak perlu simpan air dalam peti sejuk lagi
✔ Cuci muka dengan air sejuk CUCKOO..kulit akan licin dan tiada kuman
dan tiada klorin yg mempercepatkan proses penuaan.
✔ Dapat jaga buah pinggang seisi keluarga..
✔ Masak nasi dengan air CUCKOO akan mempercepatkan proses memasak dan nasi tahan pada masa lama.

SERVIS NCS BY CUCKOO

PERCUMA SERVIS SETIAP 4 BULAN

PERCUMA TUKAR FILTER SETIAP 4 BULAN

 

6


TESTIMONI PELANGGAN

13118972_540728356109960_4053352753990843327_n

13151593_540728349443294_4356254756420988246_n

13173654_540728352776627_1896939190257656403_n

13174141_540728442776618_1196665178256709653_n

Klik sini untuk testimoni


JOM MILIKI SEKARANG!!! 

“Penapis Air Cuckoo No. 1 di Korea
Dengan Rekod Jualan Pada Tahun 2014,
2 Minit 1 Unit Terjual”

tempah-sekarang

MODEL-MODEL
PENAPIS AIR CUCKOO

Ada 7 model yang boleh anda pilih
* Klik gambar untuk melihat spesifikasi yang lebih lengkap
* HARGA TERMASUK GST 6%:
Cuckoo-Water-Purifiers-Epic

CUCKOO WATER PURIFIER EPIC

Air Pada Suhu Bilik

Tiada Air Panas Sejuk

Menggunakan Sensor Untuk Keluarkan Air

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM2,438.00

Harga Sewa : RM72.08 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM72.08 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)


Cuckoo-Water-Purifiers-Fusion-Top

CUCKOO WATER PURIFIER FUSION TOP

Air Panas Dan Sejuk

Air Suhu Bilik (Boleh Tutup Suis Air Sejuk)

Masih Boleh Digunakan Walaupun Tiada Letrik.

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM3392

Harga Sewa : RM103.88 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM84.80 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)


Cuckoo-Water-Purifiers-Icon

CUCKOO WATER PURIFIER ICON

Ada Air Panas, Sejuk Dan Suhu Bilik

Penapis Air Paling Canggih (Ada Suara)

Boleh Self Sterilisation

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM4452

Harga Sewa : RM120 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM100 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)


Cuckoo-Water-Purifiers-Grace

CUCKOO WATER PURIFIER GRACE

Ada Air Panas, Sejuk Dan Suhu Bilik

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM3,604.00

Belian Hanya Secara Cash Atau
EPP Tanpa Interest. Tiada Pakej Sewa/Sewa beli


Cuckoo-Water-Purifiers-Jazz

CUCKOO WATER PURIFIER JAZZ

Ada Air Panas, Sejuk Dan Suhu Bilik

Penapis Air Paling Canggih (Ada Suara)

Menggunakan Sistem Elektrolisis

Boleh Self Sterilisation

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM4,999.00

Harga Sewa : RM160.00 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM140.00 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)


Cuckoo-Water-Purifiers-Fusion-Stand

CUCKOO WATER PURIFIER FUSION STAND

Ada Air Panas Dan Sejuk

Air Suhu Room (Boleh Tutup Suis Air Sejuk)

Masih Boleh Digunakan Walaupun Tiada Letrik

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM4,028.00

Harga Sewa : RM121.90 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM100.70 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)


Cuckoo-Water-Purifiers-Deluxe

CUCKOO WATER PURIFIER FUSION DELUXE

Ada Air Panas Dan Sejuk

Air Suhu Room (Boleh Tutup Suis Air Sejuk)

Tangki Simpanan Air Yang Lebih Besar

Masih Boleh Digunakan Walaupun Tiada Letrik

Jimat Eletrik

HARGA / PRICE :

Harga CASH /EPP : RM4,500.00

Harga Sewa : RM130.00 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)

Harga Sewa Beli : RM110.00 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)

tempah-sekarang


 KebaikanMinumAirBeralkali-header
❶ Nyah-Toksik
Menyah-toksik tubuh anda dari bahan asidik yang terkumpul setiap hari. Ia juga membuang toksin dalam badan yang diserap dari persekitaran, ubatan/dadah, makanan tidak semulajadi dan proses penuaan yang ‘biasa’. Buang asid terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan kondisi kesihatan yang serius. Minum air Alkali setiap hari meneutralkan keasidan dan membasuh bahan asidik pada sel dan tisu.
❷ Hidrat
Hidrat semula tubuh anda. Ini adalah asas kepada kesihatan optimum. Ketika ionisasi, penapis air alkali anda menjadikan air lebih halus (micro clusters) yang membuat ia lebih mudah diserap ke dalam
sel. Ini menghasilkan ‘super-hidrat’ kepada badan anda.

❸ Mengoksigen / Antioxidants

Air Alkali berfungsi sebagai antioksidan, meneutralkan radikal bebas yang merbahaya. Ini kerana, air alkali berupaya untuk mencas elektron, ia boleh meneutralkan dengan berkesan dan memblok kerosakan radikal-bebas terhadap tubuh anda. Air alkali yang diionkan mencari radikal bebas dan menukarkannya kepaa oksigen yang boleh digunakan oleh tubuh badan untuk tenaga dan oksigenkan tisu. Kanser dan sakit lain tidak dapat hidup dalam suasana alkali dan oksigenisasi.

❹ Alkalize Your Body’s pH
❺ Enhance Your Immune System
Source: Body Cleanz

TrendPasaranPenapisAIr-header
Filter-Technology-header-768x446
Kebanyakan Penapis Air yang ada di pasaran masih menggunakan Teknologi Generasi 1 iaitu RO Filter dan Generasi 2 iaitu UF Filter.
Kebanyakan Penapis Air yang ada di pasaran masih menggunakan Teknologi Generasi 1 iaitu RO Filter dan Generasi 2 iaitu UF Filter.
Berbeza dengan Penapis Air Cuckoo. Semua model Penapis Air Cuckoo menggunakan Teknologi Generasi Ke-3 yang terkini iaitu Teknologi Nano Positive.
cuckoo-filter-header
download

 INFO PENTING? 

Kebanyakan Penapis Air Dipasaran adalah Air RO.  Berbeza dengan Penapis Air Cuckoo Yang Menghasilkan
Air Yang Kaya Dengan Mineral Dan Beralkali.

keburukan-Air-RO-768x576

 “Kenapa masih minum Air RO,

 Sedangkan anda mampu miliki

PENAPIS AIR MINERAL BERALKALI 

Cuckoo pada HARGA yang LEBIH MURAH?”

“Anak-anak mesti suka dengan Air Cuckoo ini. Rasanya yang segar dan sedap. Anak-anak pun makin sihat dan cergas bila selalu minum Air Cuckoo ini yang Beralkali dan Kaya Mineral ini.”

Dengan pelaburan serendah RM3.46 sehari, anda dapat beri lebih sentuhan kasih sayang kepada anak-anak anda. Mesti nak kan?

Kini, anak-anak anda sudah mampu minum air yang terbaik untuk kesihatan mereka dan juga sesuai untuk seisi keluarga.

tempah-sekarang

PROMOSI…PROMOSI…PROMOSI!!!

 JIMAT RM265 

(UNTUK TEMPOH WAKTU YANG TERHAD)

Dan Nikmati TAWARAN HEBAT Dari CUCKOO!
.
[✔]   PERCUMA  Pemasangan di Seluruh Malaysia
[✔]   PERCUMA  Penyelengaraan & Servis
[✔]   PERCUMA  Tukar Filter baru setiap 4 bulan
[✔]   PERCUMA  Pemasangan Semula (Jika Berpindah)
[✔]   PERCUMA  FULL WARRANTY termasuk peralatan mekanikal & elektronik jika rosak, pecah atau tidak berfungsi
.
Sangat MUDAH Tau Nak APPLY!
.
[✘] Tanpa Yuran Proses. Jimat RM265.
[✘] Tanpa Caj Pemasangan.
[✘] Tanpa Payslip.
[✘] Tanpa Bank Statement.
[✘] Tanpa Isi Borang Manual.
➡ Nak bayar bulan2 pun boleh. Asalkan ada akaun Bank, dh boleh Apply.
➡ Hanya Perlu Whatsapp ke 011-18632093
➡ Biar Nasir yang uruskan semuanya!

output_nMjoKN

Sebab bank susah nak luluskan pinjaman rumah pertama anda kalau tak pernah berhutang.


Susah juga kalau tak pernah buat sebarang hutang.
Kalau korang tergolong dalam kategori ni, bersiap sedia untuk uruskan rasa kecewa bila bank menolak permohonan pinjaman rumah.

Dan kenapa boleh jadi macam ni?

Jom kita hadamkan bersama perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir pasal ni.

In Shaa Allah, lepas ni tentu korang dah tahu nak buat apa.

Kenapa yang tak berhutang pula yang susah nak lulus loan?

Korang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus.

Tak logik betul pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang.

Mengarut.

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun cipta laporan CCRIS dulu?

Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman.

Ya lah. Bank nak bagi pinjam bukan seribu dua. Tapi beratus ribu.

Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. Tapi tempoh panjang (selama 30-35 tahun).

Untuk rumah pertama je yang susah sikit. Bila korang dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam.

Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30 hingga 35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan korang.

Kewangan kena stabil. Orang yang ada disiplin saja boleh komited untuk bayar dengan cantik, dengan jumlah yang tepat.

Kalau tak ada sebarang komitmen atau hutang, bank tak tahu dan tak ada idea korang jenis macam mana.

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan kat mereka yang kemampuan sahaja. Jadi korang kena buktikan yang korang mampu jadi pembayar yang baik.

Bank akan tengok asas 3C ini kat anda.

Character

Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja dalam sesebuah syarikat.

Capacity

Pendapatan korang berapa? Adakah konsisten setiap bulan? Berapa jumlah baki selepas dah bayar hutang atau komitmen? DSR kau orang berapa? Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Capital

Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

Pembiayaan perumahan sangat senang jika korang tahu aturannya. Komitmen kat pembiayaan perumahan tak ambil masa yang pendek, tapi antara 30-35 tahun.

Jadi, 3C korang kena score 3C kat atas tadi dulu, baru pihak bank yakin dengan korang.

Macam mana nak buat rekod CCRIS?

Biasanya gua bagi 2 pendapat.

Jika korang dah ada deposit rumah, dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut, korang boleh:

#1: Mohon kad kredit.

Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol dan beli barang keperluan saja.

Pihak bank bukan tengok hari ni korang apply kad kredit, dah ada CCRIS dan terus yakin dengan kemampuan bayar balik korang.

Biasanya perlu tempoh 6 bulan baru akan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0.

Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% credit limit pulak ya.

Tapi kalau korang belum ada lagi deposit rumah. Dan pasang matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun, boleh juga buat CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing.

#2: Mohon ASB Financing.

Mulakan dengan RM50,000. Bulanan korang ken bayar dalam RM285.

Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS.

Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas?

Lepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh kita gunakan untuk modal beli rumah.

Jadi force saving korang juga sebenarnya. Takdelah tiap kali dapat gaji tak tahu duit korang pergi ke mana.

Kalau korang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS.

Bayar jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah.

Siapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, bayar hutang ini dan jangan pula diabaikan.

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak tentu lagi bank akan tolak terus permohonan pembiayaan perumahan korang. Rajinkan diri walk-in ke bank ye. Tanya 3 atau 5 bank.

Tip tambahan supaya bank senang luluskan permohonan loan rumah korang.

#1: Jadi penghutang yang baik.

Bila nak periksa laporan CCRIS, pastikan semua bersih daripada segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu.

Dah berhutang tu, bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang dah ditetapkan.

#2: Cipta rekod CCRIS.

Kalau tak ada laporan CCRIS, tak bermaksud pihak bank akan terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang.

Mungkin korang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi berbanding orang lain.

Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah korang seorang culas, atau sebaliknya.

#3: Elakkan mencipta sejarah hitam.

Kalau korang ada sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK, ini mungkin akan sukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang tu.

Jadi, rancang kewangan korang dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, elakkan “terbeli” kereta mewah ya.

#4: Mencapai credit limit kad kredit anda.

Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang.

Tapi bila dia dah ada kad kredit, dia mula berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut.

Penyudahnya, hutang kad kredit sampai RM11,000!

Janganlah korang jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

#5: Hati-hati bila diminta jadi penjamin.

Elakkan jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe atau makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan mereka.

Dia nak berhutang untuk kahwin pun, korang jangan baik hati sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, korang yang kena tanggung nanti.

#6: Fokus kat simpanan.

Untuk membeli rumah pertama, amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya.

Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan, elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan dalam RM3,300.

Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

#7: Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang, bank besar bertambah susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3,000.

Ada juga bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income).

Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen atau hutang.

Kalau korang tinggal kat bandar, NDI kena atas RM1,500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1,000.

Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup koranglah. Korang kan suka makan kat kedai hipster je. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip dan tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan yang korang boleh dapatkan.

Tok harap korang faham sebab apa bank susah nak luluskan loan rumah, bila tak ada sebarang rekod hutang.

Dan Tok juga harap korang boleh kongsikan artikel bermanfaat ini kat kawan-kawan korang. Daripada baca benda-benda hiburan yang lagha tu, baik lagi dalami ilmu bermanfaat macam ni.

Yang untung nanti, korang juga. Bukan orang lain.

sumber : http://gilahartanah.com/sebab-bank-susah-luluskan-pinjaman-rumah-anda/